Tuesday

ANTOLOGI PUISI

DARI SEORANG INSAN YANG PERNAH BERTAKHTA DI HATI, YANG TERLUKA KERNA CINTA YANG TAK KESAMPAIAN, MAKA TERCIPTALAH

ANTOLOGI PUISI-PUISI LUKA DARI KG. PASIR

oleh si KEMBARA SEPI 'A'


Bahagian I :

YA RABBI

PadaMu jualah aku meyakini segala-galanya yang terjadi
punya hikmat,
punya rahmat...



Bahagian II:

CINTA YANG TERLUKA MENJELANG 26


Ku kira detik itu kita akan terikat secara rasmi, tanda jalinan kemesraan selama ini,
dan pada usiamu ke 22 kita telah pun mendapat pengiktirafan sebagai pasangan yang sah.


Tapi, menjelang detik 26 ku, tiba-tiba cinta tersadai dan terluka.



Bahagian III:


BEBANAN PERASAAN


Terasa longlai...
               aku mengatur tapak
                       buat pengisian teman seterusnya
                               kerna aku amat bimbang
                                        kejadian ngeri ini muncul lagi.


Bahagian IV:
BERMIMPIKAH AKU
Bicara-bicara mesra masih terngiang-ngiang dan katanya cuma ajal jadi pemisah.  Inikah pendusta CINTA !
Maka secara paksa, aku menerima hakikat ini bilamana secara mengejut aku tersentak dari lena mimpi yang mengerikan

.............AKU KEHILANGANMU..............



BAHAGIAN V :

TERKILAN AKU

Manusia apa engkau ini,
tidak berterus terang dari awal tentang pesta

Manusia apa engkau ini,
tidak berterus terang pada ayah bonda
tentang pesta yang terbengkalai.


BAHAGIAN VI :
DI DAERAH SEPI INI

Di sini aku masih lagi menyimpan memori kita,
meskipun aku tahu kau telah melontarnya jauh-jauh,
namun aku masih mampu memungutnya sebagai
bahan-bahan rujukanku nanti.

......... bahagian seterusnya akan menyusul kemudian ......... TUNGGU...U....U....U!!!

Wednesday

12 JAM


12 JAM PERJALANAN  KE DESTINASI BERBEZA.

Anak sulongku NAUFAL terpaksa mengharungi 12 JAM perjalanan untuk ke UITM, ARAU dengan menaiki keretapi dan anak keduaku DALIA baru-baru ini terbang ke MESIR untuk melanjutkan pelajaran di UNIVERSITI AL-AZHAR. Jangkamasa sama tapi destinasi jauh berbeza.  Sedang aku memikirkan anak-anakku sebelum mata terlelap aku terfikirkan hal ini.